Terma Penggunaan

Berkuat kuasa: 14 November 2026

Dengan menggunakan itharstudio.com, main.itharstudio.com atau game ITHAR STUDIO, anda bersetuju dengan terma berikut.

1. Siapa yang boleh membeli

Game kami direka untuk kanak-kanak, tetapi pembelian mesti dibuat oleh ibu bapa atau penjaga yang berumur 18 tahun ke atas.

2. Premium Misi 3M

Bayaran RM39 sekali bayar memberi akses Premium kepada semua game dalam kumpulan Misi 3M (kanak-kanak 5–6 tahun), termasuk game baharu dalam kumpulan yang sama apabila dilancarkan, selagi perkhidmatan ini beroperasi. Kumpulan game lain (contohnya Siri Tahap 1) dijual berasingan.

Akses Premium adalah untuk kegunaan peribadi keluarga anda dan tidak boleh dijual semula, dikongsi secara awam atau digunakan untuk tujuan komersial tanpa kebenaran bertulis kami.

3. Akses percuma

Alam pertama setiap game boleh dimain secara percuma. Kami boleh mengubah kandungan percuma dari semasa ke semasa.

4. Kandungan dan harta intelek

Semua watak, ilustrasi, bunyi, teks dan perisian dalam game ialah hak milik ITHAR STUDIO. Anda tidak boleh menyalin, mengubah suai atau mengedarkannya tanpa kebenaran.

5. Kemas kini dan ketersediaan

Kami sentiasa menambah baik game. Kandungan boleh dikemas kini, diubah atau ditambah. Kami berusaha memastikan perkhidmatan sentiasa tersedia tetapi tidak menjamin ia bebas gangguan.

6. Kemajuan permainan

Kemajuan disimpan dalam peranti anda. Gunakan fungsi simpan/pindah dalam Sudut Ibu Bapa untuk membuat salinan. Kami tidak bertanggungjawab atas kemajuan yang hilang akibat data pelayar dipadam.

7. Hubungi kami

hello@itharstudio.com